Sharing Keluarga Sunnah Ustaz Ebit Lew

Assalamualaikum

Dah lama teringin nak pergi seminar Ustaz Ebit Lew ni. Siapa je tak kenal penceramah terkenal ni? Segala kata-kata yang keluar dari mulut dia bak mutiara. Menyentuh hati yang mendengar.

Seminar Ustaz ni ada buat di beberapa negeri jugak. Kali ni dia buat di MAEPS Serdang, Selangor. Sangat lah dekat dengan rumah. Bawak kereta dalam 25 minit je. Tak la berejam.

So tak nak lepaskan peluang nak join. Bila tengok harga pon sangat reasonable. Kalau beli 5 tiket ke atas seorang hanya RM96. Seminar selama 1 hari sahaja. Bermula 9am hingga 5 petang. Tapi seminar kali ni habis pukul 6 petang.

Seramai 6 ribu peserta dari seluruh negeri hadir seminar ni. Memang ramai sangat tapi semua Alhamdulillah berjalan lancar.

Sesi tandatangan buku dan berjumpa Ustaz drag sampai pukul 7++ malam. Baik sangat Ustaz sudi layan semua orang yang nak jumpa dia (rasa ada dalam 100 orang++). Alhamdulillah dapat jumpa ustaz mintak tandatangan kat buku saya beli dan minta few nasihat.



Dulu dah penah jumpa ustaz ni masa dia datang bagi ceramah kat tempat kerja tapi tak bergambar pon (saya tak suka bergambar sangat sebenarnya, tengok mood). Tapi kali ni rasa nak bergambar pulak. So rajinkan diri beratur.

Datang seminar ni kita dapat tengok betapa kecilnya masalah kita. (Must pgrade lagi level syukur)

Ada yang punya anak OKU, ada suami lumpuh, anak/suami/family meninggal dunia, ada yang depression, bipolar disorder, schizophrenia dan banyak lagi.

Masa mereka share kisah mereka kami semua pun menangis sama sebab dapat rasa keperitan hidup mereka. Ada yang teresak-esak. Lap air mata pada lengan baju, pada tudung. Tisu saya dah tak mampu nak serap air mata lagi dah. (Lupe bawak tisu harap ihsan tisu kawan bagi).

Bila compare masalah sendiri rasa macam level-level hingusan je. Syukur Allah gerakkan hati dan badan untuk hadir seminar ni. Allah tujuk sayang dia.


Tapi yang diuji berat tu bukan bermakna Allah tak sayang. Itu jugak tanda Allah sayang. Makin sayang makin berat ujian. Memang begitulah cara Allah tunjuk kasih sayang Nya.

Lihat para Nabi, Allah sangat sayang. semua ujian yang Allah turunkan pada mereka sangat berat. Kalau mereka sakit, sakit mereka tu berganda dari sakit kita. Kita baru sakit kepala dah tak tahan.

Hadir ke seminar ni buat kita buka minda. Berdoa bukan untuk diri dan keluarga sahaja tapi untuk seluruh manusia. Kita perlu sedih bila setiap hari ramai yang mati tanpa kenal Islam.

Di negara kita dan negara-negara luar betapa ramai lagi yang tak kenal Allah dan Rasul? Apa kita dah buat untuk sebarkan agama ni? Allahu...pernah kita teringat pada mereka? Diciptakan oleh Allah juga, diberi rezeki oleh Allah jugak tapi tidak mengenali Sang pencipta. Kita tengok anak-anak yang tak mengenali ibu ayah mereka..sangat menyayat hati kan? Begitu jugak mereka.

Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat bekorban masa,harta,tenaga,keringat dan darah agar Islam sampai pada kita hari ini. Sanggup kita sia-siakan usaha keaksih Allah ni?

Nanessss 😭😭😭

Jadi ni antara point-point yang saya dapat dalam seminar ini:

😍 Tujuan hidup adalah untuk bertemu Allah.

😍 Bila kita hidup untuk Allah, kita akan bahagia.

😍 Yang membahagiakan kita adalah Allah. Bukan suami/isteri/anak.

😍 Senyum adalah kunci kebahagiaan (Pahala sedekah)

😍 Amalkan Taklim (membaca kisah Nabi dan sahabat kepada family). Kalian akan dapat melihat perubahan baik dalam keluarga.

😍 Ilmu ada 2. 1 hanya sekadar dikepala, 1 lagi dia turun ke hati. Ilmu bukan untuk dilihat dan didengar sahaja tapi untuk kita berubah.

😍 Semakin kita belajar kita akan mengenal Allah, cinta Allah, dan rindu Allah.

😍 Jangan guna ilmu yang kita ada untuk menghakimi manusia lain.

😍 Kita perlu takut murka Allah, harap redha Allah.

😍 Amalkan menyebut LailahailAllah, hati akan tenang.

😍 Dengan solat, semua masalah selesai.

😍 Solat bukan baik, tapi sebab ikut perintah Allah.

😍 Orang yang menjaga solat akan mudah mengikut perintah Allah yang lain. (sebab tu solat adalah yang utama)

😍 Ramai manusia dahagakan kasih sayang sebenarnya.

😍 Cakap banyak (cakap kosong) hanya meracuni hati.

😍 Bila sakit hati tengok seseorang, yang sakit tu hati sebenarnya bukan sebab orang tersebut. (Nabi merupakan orang yang sangat penyayang sehingga musuh pon Baginda sayang)

😍 Kalau tak penat, tak letih itu bukan perjuangan.

😍 Sentiasa baiki diri tahap MAXIMUM.

😍 Kerja kuat mencari rezeki halal adalah Jihad.

😍 Allah membenci orang yang kuat tidur, kuat makan, dan pemalas.



Ustaz juga suruh kami catat ayat-ayat power ni:

💪 Saya adal Allah, saya ada segalanya.
💪 Allah bersama saya, tiada apa yang mustahil.

💪 Semua yang terjadi dalam hidup saya adalah kerana Allah sayang saya.

💪 Saya manusia paling bertuah dalam dunia.

💪 Saya Islam, Umat Nabi Muhammad, pewaris Al-Quran.

💪 Saya ditakdirkan untuk bahagia dan berjaya.

💪 Saya akan bantu orang miskin & anak yatim.

💪 Saya akan berdakwah seluruh dunia.



Ayat-ayat di atas ni semua sangat powerful. Boleh la kita tulis dia diari atau tampal pada cermin untuk mudah dilihat. Jadikan affirmation hari-hari.

Tenang hati bila baca. Cuba baca dengan keluar suara dan rasai energy dia 💥

Hah..paling terbaik kalau baca dan rekod suara sendiri bila baca ayat ni dan dengar setiap hari. Cara ni kita install perkara baik dalam minda kita yang akan memandu kehidupan kita. Dengar baik-baik, dapat baik-baik.

Mungkin dah biasa tengok video di Youtube/FB tapi saya sangat menyarankan kalian merasai sendiri seminar ni.  Feel dia sangat best. Bila hadir rasa dia lebih menyengat. Dapat lihat,dengar dan rasa sendiri.

Hadir malaikat mendoakan kita bila kita hadir majlis ilmu. Kejar pahala ni ❗❗❗

Jumpa ramai orang-orang baik sebab semua punya motif yang sama. Nak memperbaiki diri, nak bahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.

Macam perumpamaan yang saya suka guna. Melihat/mendengar kisah orang pergi melancong dengan pergi melancong sendiri, mana best? ha...cam tu la perumpamaan dia.

Sesiapa yang nak pergi seminar ni boleh layari https://transformjiwa.com/ atau follow FB Ustaz Ebit Lew.

Ada jugak seminar/program Prokids yang khas untuk anak-anak.

If post ini bermanafaat dipersilakan share.

Dilarang Copy Paste kerana sekiranya terdapat perubahan pada blog ni saya boleh edit.

Terima kasih yang sudi baca. Moga saya dapat saham pahala berkongsi kebaikkan ni.

Thank you

As San

Comments

Popular Posts